Thursday 28 September 2017

KEMAHIRAN BERFIKIR OLEH NOR AINSAFIRA BINTI AZIS


KEMAHIRAN BERFIKIR.


  1.  DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir merupakan satu proses penggunaan akal dan minda sama ada untuk mencari makna, pemahaman terhadap sesuatu, menilai sesuatu perkara, membuat pertimbangan dan penyelesaian terhadap sesuatu perkara dengan melakukan secara metakognitif dan refleksi.

                    


Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

 Manakala kemahiran berfikir secara kreatif pula ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk meneliti dan mengetahui pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.

                     


                     

2. STRATEGI BERFIKIR

                      

v  Proses berfikir terbahagi kepada 2 iaitu: kognitif dan metakognitif

ü  Kemahiran berfikir secara kognitif ialah kemahiran yang digunakan untuk mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.
  • Kemahiran berfikir secara metakognitif pula ialah operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam satu kognitif

 
           

3.  Kepentingan kemahiran berfikir

          

Memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan berkesan



Pemikiran yang baik dapat dilihat dari segi hasilnya seperti:
  1. Kesimpulan yang dibuat adalah lebih dipercayai
  2. Keputusan yang dihasilkan adalah lebih bijak
  3.  Perkara yang dikaji dapat dilihat dengan lebih mendalam
  4.  Ciptaan yang dihasilkan adalah lebih kreatif
  5. Segala kritikan yang dibuat adalah lebih membina
  6. Hasil yang dicipta adalah lebih berseni 

    Kesilapan semasa berfikir

  •     Kesilapan yang sering kita lakukan semasa berfikir adalah kerana berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan bercelaru



  1) ALAT-ALAT BERFIKIR

                                i.            Cort 1
Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono. Beliau
dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau berkelulusan
D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti Cambridge.
Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6 bahagian
CoRT, iaitu;

1. CoRT 1 : keluasan persepsi.
2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir.
3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis.
4. CoRT 4 : pemikiran kreatif.
5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan.
6. CoRT 6 : tindakan


  • Cort 1 Menerangkan tentang keluasan persepsi
                     


                     



                                i.            Pengurusan grafik

*      Alat pengurusan grafik ialah untuk menghasilkan tujuan yang jelas untuk belajar kandungan pelajaran.

1.    Jenis-jenis pengurusan grafik

1.       Pengurusan grafik membanding dan membeza
      Pengurusan grafik ini amat berguna untuk mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan mengelirukan

2.       Pengurusan grafik meramal kesan akibat
      Dengan berpandukan pengurusan grafik membuat ramalan, pelajar akan membiasakan diri untuk membuat ramalan yang bijak, iaitu berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh.

3.       Pengurusan grafik mengesahkan sumber maklumat.
     Dengan menggunakan pengurusan grafik pelajar tahu cara untuk mengesahkan sesuatu sumber maklumat.

4.       Pengurusan grafik idea berpusat
      Pengurusan grafik ini digunakan untuk menunjukkan bahagian, kesan atau sumbangan kepada sesuatu tajuk atau idea.

5.       Pengurusan grafik membuat kategori
      Dengan berpandukan pengurusan grafik ini pelajar akan dapat membuat analisis dan klasifikasi serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan hubung kait antara objek-objek dalam kelas yang sama





                             ii.            Peta minda

  • *      Peta minda merupakan sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumatidea, tugasan atau huraian yang padat.
  • *      Untuk membuat peta minda yang berkesan, mestilah memahami topik untuk dijadikan peta minda, menyusun maklumat dengan teratur dan menambahkan lagi corak, warna yang menarik dalam peta minda.




                    

                                i.            I-think

  • *       Peta Pemikiran adalah merupakan salah satu cabang alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum
  • *       Peta i-think terbahagi kepada 8 jenis.

                   




KAMI MENGHARAPKAN NOTA INI AMAT BERGUNA KEPADA SEMUA MASYARAKAT DILUAR SANA. SELAMAT MAJU JAYA DAN SEKIAN TERIMA KASIH.

JANGAN LUPA UNTUK TERUS IKUTI PERKEMBANGAN BLOG INI.

















KEMAHIRAN BELAJAR





KEMAHIRAN GENERIK



DEFINISI KEMAHIRAN GENERIK

  • Kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan untuk mendapatkan, mengekalkan dan melakukan kerja dengan baik. (Robinson, 2000) 
  • Menurut Kearns (2001) kemahiran generik merupakan kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan merentasi sebilangan besar pekerjaan yang pelbagai. Ianya bukan sekadar merangkumi asas ketrampilan atau kemahiran asas malahan juga merangkumi kemahiran kognitif, personal dan interpersonal yang relevan dengan sesuatu pekerjaan. 


JENIS-JENIS KEMAHIRAN GENERIK 

Kemahiran generik merupakan satu kemahiran umum yang boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan/jenis . Antaranya termasuklah :
  1.  Kemahiran Belajar
  2.   Kemahiran Berfikir
  3.   Kemahiran Mentafsir dan Menilai
  4.   Kemahiran Teknologi Maklumat
  5.    Kemahiran Pemudah cara atau Fasilitator

KEMAHIRAN BELAJAR

DISEDIAKAN OLEH :
NUR ASMAA' NAZIFAH BINTI ZAID



(A)  PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR

 APA ITU KEMAHIRAN BELAJAR ?


DEFINISI KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran belajar merupakan satu topik umum yang membawa kepada beribu takrifan. Antara takrifan yang sering digunakan termasuklah :
  •       kemahiran belajar merupakan satu keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar bagi membolehkan mereka mengumpul, memproses dan merumus sesuatu maklumat secara kendiri.
  •      Sabri Samad (2003) telah mendefinisikan kemahiran belajar sebagai suatu prinsip, teori umum dan kaedah tertentu mampu meningkatkan keberkesanan belajar. 
Berdasarkan takrifan yang berikut, dapat kita simpulkan bahawa kemahiran belajar adalah suatu kemahiran yang menyeluruh kerana ia meliputi setiap aspek dan proses pembelajaran itu sendiri. Kemahiran belajar juga merupakan asas kepada kemahiran-kemahiran yang lain. Misalnya kemahiran mendengar, kemahiran membaca, kemahiran menyoal, kemahiran berfikir dan kemahiran mengulangkaji. Setiap kemahiran yang berkaitan dengan kemahiran belajar mempunyai fokus dan topik yang tersendiri seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut.



Kemahiran belajar boleh dibahagikan kepada 3 aspek iaitu:
1.    Pengenalan kemahiran belajar
2.    Proses kemahiran belajar
3.    Membuat laporan


B)  KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR


Berdasarkan kajian yang telah keatas kemahiran belajar, di dapati bahawa  kemahiran ini meliputi konsep dan pengertian bagi kemahiran belajar itu sendiri. Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke3), kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian. Manakala, belajar pula diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Berdasarkan pengertian tersebut kita boleh rumuskan bahawa kemahiran belajar merupakan kecekapan  individu dalam mengumpul, mendalami dan memperoleh sesuatu maklumat mahupun pengetahuan baru dalam sesuatu topik. Kemahiran ini terhasil disebabkan kewujudan rangsangan-rangsangan luar yang mempengaruhi kehidupan seharian kita seperti rangsangan organ deria dan sebagainya. Pemilihan rangsangan yang sesuai amatlah penting bagi seseorang pelajar kerana rangsangan ini mampu mengubah tingkah laku pelajar itu sendiri. Perubahan tingkah laku ini telah mewujudakan perbezaan sikap dan gaya belajar seseorang.

Bagi mendalami pengertian kemahiran belajar dengan lebih baik, pelajar perlulah memahami dan mendalami konsep kemahiran belajar itu sendiri dengan sebaik mungkin. Konsep belajar terdiri daripada perubahan tingkah laku, pengalaman bermakna kepada individu dan lain-lain seperti yang berikut:
  1. Belajar sendiri tanpa guru
  2. Belajar mengikut gaya pembelajaran kendiri
  3. Memproses maklumat yang penting sahaja

KONSEP BELAJAR SENDIRI TANPA GURU


Belajar Cara Belajar


DEFINISI : satu bentuk kemahiran memperoleh teknik pembelajaran secara efektif dengan atau tanpa guru. 

Objektif utama Belajar Cara Belajar adalah untuk membantu pelajar mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri  dalam proses pembelajaran berdasarkan pemerhatian sendiri. Dengan wujudnya pengamatan terhadap kekuatan dan kelemahan diri, pelajar akan terdorong untuk mengubah diri mereka kearah yang lebih baik. Langkah ini menjadi antara usaha yang dilakukan bagi mengatasi kelemahan yang dimiliki dan membuat pemilihan gaya belajar yang tepat mengikut kekuatan yang dimiliki. Seterusnya Belajar Cara Belajar juga mendidik pelajar agar berupaya belajar sendiri tanpa guru dengan menggunakan pengetahuan rakan ataupun perkongsian ilmu diantara rakan-rakan sekelas mahupun di luar kelas dan melalui bahan-bahan lain seperti buku dan jurnal sebagai sumber rujukan.

Berikut merupakan antara contoh rasional Belajar Cara Belajar :



BELAJAR MENGIKUT GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI


Gaya Pembelajaran Kendiri


 DEFINISI : Cara bagaimana  seseorang itu belajar (Nazamud,2005)


       Setiap pelajar pastinya mempunyai gaya pembelajaran tersendiri yang dirasakan sesuai dengan dirinya dan dapat membantunya mendapatkan kejayaan secara konsisten dalam pembelajaran. Pemilihan gaya pembelajaran ini adalah berbeza bagi setiap individu kerana seperti yang kita tahu, setiap individu itu adalah unik dan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing yang berbeza dengan orang lain. Oleh kerana itu, pelajar yang berjaya tidak menggunakan cara pembelajaran orang lain kerana pemilihan cara belajar yang tidak sesuai dengan diri pelajar akan menyebabkan pelajar itu sukar untuk mendalami topik yang dipelajari. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa antara punca berlakunya kemerosotan pencapaian akademik dalam kalangan para mahasiswa ialah kegagalan mereka menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran di inuversiti, di samping tidak mempunyai gaya pembelajaran yang betul (Baharin Abu, 2000, 2003; Abdul Ghani Awang, 1996). Jelaslah disini bahawa gaya pembelajaran kendiri yang betul penting dalam kehidupan seseorang pelajar.

Berikut merupakan antara model gaya pembelajaran yang dipilih oleh pelajar mengikut perbezaan individu itu sendiri, iaitu;



(a) Model Gaya Pembelajaran Vark
       
     Model gaya pembelajaran Vark telah diperkenalkan oleh Neil D. Fleming pada 1987. Model ini diwujudkan selepas Neil. D. Fleming mendapati bahawa terdapat masalah penyampaian guru dan penerimaan pelajar yang kurang berkesan di New Zealand. Melalui pemerhatian yang dijalankan beliau telah mewujudkan empat gaya pembelajaran yang terdiri daripada gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran audio, gaya pembelajaran bacaan dan gaya pembelajaran kinestetik. Setiap gaya pembelajaran tersebut dikelaskan seperti dalam rajah dibawah ;




(b) Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn

Perbezaan dan variasi seseorang individu telah mewujudkan model gaya pembelajaran ini. Dunn dan Dunn (1978) mendapati bahawa gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada lima aspek iaitu aspek persekitaran (Environment), aspek emosional (Emotional), aspek sosiologikal (Sociological), aspek fizikal (Physical) dan aspek psikologikal (Psychological). Prinsip-prinsip yang ditekankan oleh model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn merangkumi, kebanyakan individu mampu dan boleh belajar, setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tertentu dan sebagainya. Berdasarkan prinsip-prinsip tersebutlah, pelajar menetapkan cara pembelajaran yang sesuai dengan diri masing-masing.

(c) Model Gaya Pembelajaran Kolb


             Kolb (1984) telah membahagikan gaya pembelajaran yang digunakan oleh pelajar kepada empat kategori iaitu imaginatif dan kreatif, teori analisis, praktik dan intuitif dinamik. Setiap kategori tersebut membincangkan aspek-aspek yang berbeza seperti yang disenaraikan dibawah ;
  • Imaginatif / kreatif  Buat pengamatan, mencari makna, dan berkongsi idea dengan rakan.
  • Teori Analisis  → Peroleh maklumat secara abstrak dan suka cari fakta
  • Praktik  → Suka cuba sendiri, dan uji kebenaran teori
  • Intuiti Dinamik  →  Cari perkara baru dan cuba jaya/inkuiri

TAMBAHAN

(d) Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford



KONSEP MEMPROSES MAKLUMAT YANG PENTING SAHAJA


Menurut Woolfolk (1998), Pemprosesan maklumat ditakrifkan sebagai aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan.

Bagi mengenalpasti maklumat yang penting dan terbaik, setiap maklumat yang dicari dan dikumpul hendaklah dikaji dengan teliti. Maklumat tersebut perlulah menjalani proses perolehan dan pengurusan maklumat. Proses ini merupakan antara subtopik penting bagi kemahiran belajar yang sedang dibincangkan

Tonton video yang disediakan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat.

Enjoy this video.. 😊😊






(C)  PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI IPG


             IPG merupakan singkatan daripada perkataan Institut Pendidikan Guru yang merujuk kepada sebuah institusi pendidikan yang berperanan melatih bakal-bakal. Institut ini dulunya dikenali sebagai maktan perguruan. Setiap bakal-bakal guru ini terdiri daripada lepasan SPM yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun. Bagi mendapat kelulusan untuk menyambung pelajaran di IPG, Pelajar lepasan SPM ini dikehendaki menjalani Ujian Kecergasan Calon Guru iaitu UKCG dan ujian bertulis sebelum dierima masuk ke IPG. Namun begitu, hanya calon-calon yang melepasi ujian temuduga sahaja yang benar-benar diterima masuk ke IPG dan berpeluang manjalani Program Persediaan Ijazah Muda Perguruan (PPISMP) dan seterusnya Program Ijazah Sarjan Muda Perguruan (PISMP) di IPG . Pemilihan yang dijalankan amatlah teliti bagi memastikan bakal-bakal guru ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi intelektual dan jasmani.

         IPG memberikan penekanan yang lebih terhadap persekitaran dan budaya pembelajaran di IPG. Berbeza dengan IPTA dan IPTS yang lain, Institut Pendidikan Guru menjadikan persekitaran pembelajaran di IPG sebagai suatu jenama  dalam membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan dimensi atau aspek budaya seperti yang berikut;  

(a) Budaya Ilmu

- Pembelajaran sepanjang hayat
- Berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini
- Menguasai, mengamalkan, menghayati dan berkongsi ilmu
- Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbangkan ilmu
- Mengamalkan penyelidikan

(b) Budaya Kepimpinan

- Kebolehan membuat keputusan
- Pemikiran reflektif
- Bermotivasi tinggi untuk menggerakkan perubahan
- Menjadikan pembelajaran sebagai sember keutamaan
- Mengorientasikan kurikulum dengan piawai pencapaian

(c) Budaya Kerja Profesional

- Mendokong misi dan visi organisasi
- Bersikap proaktif, kritis, kreatif dan inovatif
- Optimis dan komited dalam pekerjaan
- Menepati masa, cekap, tepat dan mematuhi prosedur
- Menitikberatkan kerja sepasukan dalam menjayakan aktiviti organisasi

(d) Budaya Akhlak Moral

- Sentiasa bersyukur
- Merendah diri
- Takwa
- Ikhtiar dan doa
- Mematuhi etika

(e) Budaya Penyayang


(f)  Budaya estetika

- Kehalusan budi
- Keunggulan peribadi
- Kesempurnaan kerja
- Keindahan kebudayaan dan bangsa
- Keindahan persekitaran


C)  PEMBELAJARAN REGULASI KENDIRI










KEMAHIRAN BERFIKIR.


OLEH : NOR AINSAFIRA BINTI AZIS


  1.  DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir merupakan satu proses penggunaan akal dan minda sama ada untuk mencari makna, pemahaman terhadap sesuatu, menilai sesuatu perkara, membuat pertimbangan dan penyelesaian terhadap sesuatu perkara dengan melakukan secara metakognitif dan refleksi.

                    


Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

 Manakala kemahiran berfikir secara kreatif pula ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk meneliti dan mengetahui pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.

                     


                     

2. STRATEGI BERFIKIR

                      

v  Proses berfikir terbahagi kepada 2 iaitu: kognitif dan metakognitif

ü  Kemahiran berfikir secara kognitif ialah kemahiran yang digunakan untuk mengelasmembandingmembuat urutan dan lain-lain.
  • Kemahiran berfikir secara metakognitif pula ialah operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam satu kognitif

            

3.  Kepentingan kemahiran berfikir

          

Memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan berkesan


Pemikiran yang baik dapat dilihat dari segi hasilnya seperti:
  1. Kesimpulan yang dibuat adalah lebih dipercayai
  2. Keputusan yang dihasilkan adalah lebih bijak
  3.  Perkara yang dikaji dapat dilihat dengan lebih mendalam
  4.  Ciptaan yang dihasilkan adalah lebih kreatif
  5. Segala kritikan yang dibuat adalah lebih membina
  6. Hasil yang dicipta adalah lebih berseni 

    Kesilapan semasa berfikir

  •     Kesilapan yang sering kita lakukan semasa berfikir adalah kerana berfikir secara terburu-burusempitkabur dan bercelaru



  1) ALAT-ALAT BERFIKIR

                                i.            Cort 1
Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono. Beliau
dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau berkelulusan
D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti Cambridge.
Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6 bahagian
CoRT, iaitu;

1. CoRT 1 : keluasan persepsi.
2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir.
3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis.
4. CoRT 4 : pemikiran kreatif.
5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan.
6. CoRT 6 : tindakan

  • Cort 1 Menerangkan tentang keluasan persepsi
                     


                     



                                i.            Pengurusan grafik

*      Alat pengurusan grafik ialah untuk menghasilkan tujuan yang jelas untuk belajar kandungan pelajaran.

1.    Jenis-jenis pengurusan grafik

1.       Pengurusan grafik membanding dan membeza
      Pengurusan grafik ini amat berguna untuk mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan mengelirukan

2.       Pengurusan grafik meramal kesan akibat
      Dengan berpandukan pengurusan grafik membuat ramalan, pelajar akan membiasakan diri untuk membuat ramalan yang bijak, iaitu berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh.

3.       Pengurusan grafik mengesahkan sumber maklumat.
     Dengan menggunakan pengurusan grafik pelajar tahu cara untuk mengesahkan sesuatu sumber maklumat.

4.       Pengurusan grafik idea berpusat
      Pengurusan grafik ini digunakan untuk menunjukkan bahagian, kesan atau sumbangan kepada sesuatu tajuk atau idea.

5.       Pengurusan grafik membuat kategori
      Dengan berpandukan pengurusan grafik ini pelajar akan dapat membuat analisis dan klasifikasi serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan hubung kait antara objek-objek dalam kelas yang sama





                             ii.            Peta minda

  • *      Peta minda merupakan sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumatidea, tugasan atau huraian yang padat.
  • *      Untuk membuat peta minda yang berkesan, mestilah memahami topik untuk dijadikan peta mindamenyusun maklumat dengan teratur dan menambahkan lagi corak, warna yang menarik dalam peta minda.




                    

                                i.            I-think

  • *       Peta Pemikiran adalah merupakan salah satu cabang alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum
  • *       Peta i-think terbahagi kepada 8 jenis.

                   




KAMI MENGHARAPKAN NOTA INI AMAT BERGUNA KEPADA SEMUA MASYARAKAT DILUAR SANA. SELAMAT MAJU JAYA DAN SEKIAN TERIMA KASIH.

JANGAN LUPA UNTUK TERUS IKUTI PERKEMBANGAN BLOG INI.























KEMAHIRAN BERFIKIR OLEH NOR AINSAFIRA BINTI AZIS

KEMAHIRAN BERFIKIR.   1.   DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR Kemahiran berfikir merupakan satu proses penggunaan akal dan minda...