KEMAHIRAN
BERFIKIR.
1. DEFINISI KEMAHIRAN
BERFIKIR
Kemahiran berfikir merupakan satu proses penggunaan akal dan minda sama ada untuk mencari makna, pemahaman terhadap sesuatu,
menilai sesuatu perkara, membuat pertimbangan dan penyelesaian terhadap sesuatu
perkara dengan melakukan secara metakognitif dan refleksi.
Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk
menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan,
kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Manakala kemahiran
berfikir secara kreatif pula ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan
minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk meneliti dan
mengetahui pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan
bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
2. STRATEGI BERFIKIR
v Proses berfikir
terbahagi kepada 2 iaitu: kognitif dan metakognitif
ü Kemahiran berfikir secara kognitif ialah kemahiran yang
digunakan untuk mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.
- Kemahiran berfikir secara metakognitif pula ialah operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam satu kognitif
3. Kepentingan kemahiran berfikir
Memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan berkesan
Pemikiran yang
baik dapat dilihat dari segi hasilnya seperti:
- Kesimpulan yang dibuat adalah lebih dipercayai
- Keputusan yang dihasilkan adalah lebih bijak
- Perkara yang dikaji dapat dilihat dengan lebih mendalam
- Ciptaan yang dihasilkan adalah lebih kreatif
- Segala kritikan yang dibuat adalah lebih membina
- Hasil yang dicipta adalah lebih berseni
Kesilapan semasa berfikir
- Kesilapan yang sering kita lakukan semasa berfikir adalah kerana berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan bercelaru
1) ALAT-ALAT BERFIKIR
i.
Cort 1
Kemahiran
Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono. Beliau
dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau
berkelulusan
D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari
Universiti Cambridge.
Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust
mengandungi 6 bahagian
CoRT, iaitu;
1. CoRT 1 : keluasan persepsi.
2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir.
3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis.
4. CoRT 4 : pemikiran kreatif.
5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan.
6. CoRT 6 : tindakan
- Cort 1 Menerangkan tentang keluasan persepsi
i.
Pengurusan grafik
Alat
pengurusan grafik ialah untuk menghasilkan tujuan yang jelas untuk belajar
kandungan pelajaran.
1. Jenis-jenis pengurusan grafik
1. Pengurusan grafik membanding dan membeza
Pengurusan grafik ini amat
berguna untuk mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar
dan mengelirukan
2. Pengurusan grafik meramal kesan akibat
Dengan berpandukan pengurusan
grafik membuat ramalan, pelajar akan membiasakan diri untuk membuat ramalan
yang bijak, iaitu berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh.
3. Pengurusan grafik mengesahkan sumber maklumat.
Dengan menggunakan pengurusan grafik pelajar tahu cara untuk mengesahkan
sesuatu sumber maklumat.
4. Pengurusan grafik idea berpusat
Pengurusan grafik ini digunakan untuk menunjukkan bahagian, kesan atau
sumbangan kepada sesuatu tajuk atau idea.
5. Pengurusan grafik membuat kategori
Dengan berpandukan pengurusan grafik ini pelajar akan dapat membuat
analisis dan klasifikasi serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item
untuk menunjukkan hubung kait antara objek-objek dalam kelas yang sama
ii.
Peta minda
- Peta minda merupakan sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat, idea, tugasan atau huraian yang padat.
- Untuk membuat peta minda yang berkesan, mestilah memahami topik untuk dijadikan peta minda, menyusun maklumat dengan teratur dan menambahkan lagi corak, warna yang menarik dalam peta minda.
i.
I-think
- Peta Pemikiran adalah merupakan salah satu cabang alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum
- Peta i-think terbahagi kepada 8 jenis.
KAMI MENGHARAPKAN NOTA INI AMAT BERGUNA KEPADA SEMUA MASYARAKAT DILUAR SANA. SELAMAT MAJU JAYA DAN SEKIAN TERIMA KASIH.
JANGAN LUPA UNTUK TERUS IKUTI PERKEMBANGAN BLOG INI.
No comments:
Post a Comment